← PendahuluanMuka Utama
Jalan dan Cara Yang Perlu Dilakukan

PELBAGAI CARA YANG ALLAH TUNJUKKAN DI DALAM AL-QURAN TENTANG PERLUNYA SESEORANG ITU MELAKUKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN

PELBAGAI CARA YANG ALLAH TUNJUKKAN DI DALAM AL-QURAN TENTANG PERLUNYA SESEORANG ITU MELAKUKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN

Firman Allah

PELBAGAI CARA YANG ALLAH TUNJUKKAN DI DALAM AL-QURAN TENTANG PERLUNYA SESEORANG ITU MELAKUKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN

17.Surah Al-'Isrā' ayat 41

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Atau perlunya melakukan jalan dan cara untuk mengenal Allah

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15)

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci;
(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16)

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17)

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19)

Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"

Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu

Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)

YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

76.Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...

Di dalam perbincangan ini akan dihuraikan tujuh cara daripada berbagai cara yang telah Allah terangkan tentang perlunya melakukan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal tuhan yang telah Allah terangkan di dalam Al-Quran ialah

PERTAMA :-

PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHAN IAITU ALLAH DENGAN

Beramal dengan amal soleh dan jangan mempersekutukan sesiapa pun semasa melakukan ibadatnya kepada Tuhannya iaitu Allah

Allah tidak akan boleh diterangkan dengan apa cara sekalipun, walaupun keseluruhan air lautan dijadikan dakwat untuk menghuraikannya

18.Surah Al-Kahf ayat 109

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

Namun demikian Allah telah menunjukkan jalan kepada sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah

18.Surah Al-Kahf ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DI DALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..

Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang di atas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..

Ini apa yang telah diterang dan diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran...

Allah telah mengarahkan kepada Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya, Allah telah mengajar melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DI DALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..

BUKAN BERCERITA TENTANG ALLAH BEGITU DAN BEGINI

Apabila seseorang itu bercerita tentang Allah berdasarkan kepada ilmu hakikat dan makrifat yang dipelajari dari sesama makhluk, (bukan yang dipimpin dan diberikan hidayah petunjuk oleh Allah, kerana orang yang mendapat pimpinan dan telah diberikan petunjuk oleh Allah mereka tidak akan menceritakan berkenaan Allah yang tidak akan terceritakan dengan apa cara sekalipun)

Orang yang menceritakan tentang Allah yang tidak akan boleh diceritakan dengan apa cara sekalipun inilah menjadikannya sedang mereka-reka perkara dusta terhadap Allah, sedangkan Allah bukanlah seperti yang direka-reka cerita tersebut..

Ini akan berlaku sepertimana firman Allah

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 203

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman".

7.Surah Al-'A`rāf ayat 204

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 205

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 206

Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.

Sebenar-benar ilmu hakikat dan makrifat ialah ilmu yang telah diberikan pimpinan, hidayah dan petunjuk daripada Allah kepada orang-orang yang telah melakukan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah untuk diberikan pimpinan iaitu orang yang bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik dengan melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"

Amal yang mereka lakukan akan menjadi sebagai amal soleh, janji Allah kepada orang beramal soleh

10.Surah Yūnus ayat 9

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.

22.Surah Al-Ĥaj ayat 23

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

22.Surah Al-Ĥaj ayat 24

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.

Allah akan anugerahkan kepada orang-orang beriman dan beramal soleh dengan sifat-sifat terpuji iaitu sifat siddiq, amanah, tabliq, fatonah dan sifat kemanusiaan yang elok yang di dalam bahasa 'Arabnya disebutkan dengan "MUHAMMAD"

Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mengubah janjiNya

30.Surah Ar-Rūm ayat 6

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

10.Surah Yūnus ayat 44

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.

CARA KEDUA YANG ALLAH TERANGKAN TENTANG PERLUNYA SESEORANG ITU MELAKUKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN IALAH...

INGAT KEPADA ALLAH KERANA DENGAN INGAT KEPADA ALLAH AKAN MENTENTERAMKAN JIWA

FIRMAN ALLAH
13.Surah Ar-Ra`d ayat 28

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

ALLAH BERFIRMAN “WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...”

89.Surah Al-Fajr ayat 27

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Di dalam ayat ini Allah telah menerangkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

Manakala di dalam Surah Ar-Ra`d ayat 28 Allah telah berfirman

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Dengan secara tidak langsung menerangkan kepada kita bahawa dengan mengingati Allah akan menjadikan seseorang itu sebagai seorang yang beriman dan beramal soleh.

BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH YANG DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH ...

"ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu."

CONTOH BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH TELAH DIHURAIKAN DI DALAM FIRMAN ALLAH PADA

2.Surah Al-Baqarah ayat 198

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),

DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU

dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.

Di dalam firman ini Allah telah menerangkan dengan jelas dan nyata Sesungguhnya amal yang dilakukan untuk ingat kepada Allah sebelum daripada melaksanakan sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah “INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” merupakan “SALAH JALAN IBADATNYA”

2.Surah Al-Baqarah Ayat 2

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

CARA KETIGA YANG ALLAH TERANGKAN DDI DALAM AL-QURAN TENTANG PERLUNYA SESEORANG ITU MELAKUKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN IALAH...

Bertaubat dengan “TAUBAT NASUHA”

BERTAUBATLAH DENGAN “TAUBAT NASUHA”, MUDAH-MUDAHAN TUHAN KAMU AKAN MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHAN KAMU DAN MEMASUKKAN KAMU DALAM SYURGA

Firman Allah
66.Surah At-Taĥrīm ayat 6

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

66.Surah At-Taĥrīm ayat 7

Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".

66.Surah At-Taĥrīm ayat 8

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Taubat Nasuha ialah bertaubat daripada melakukan segala perbuatan syirik seperti firman Allah

2.Surah Al-Baqarah ayat 54

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"

4.Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

4.Surah An-Nisā' ayat 69

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

JALAN YANG LURUS YANG DIMAKSUDKAN IALAH SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH

15.Surah Al-Ĥijr ayat 39

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr ayat 40

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr ayat 41

Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA.

15.Surah Al-Ĥijr ayat 42

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

38.Surah Şād ayat 82

Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

38.Surah Şād ayat 83

"Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".

17.Surah Al-'Isrā' ayat 65

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

Ini membawa maksud sesiapa yang bertaubat dengan taubat nasuha dengan melakukan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

Allah akan pimpin mereka ke jalan yang lurus iaitu menjadikan sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik..

Oleh yang demikian setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" dan bagaimana jalan untuk melakukan perintah tersebut mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah

Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung di dalam Al-Quran, yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri atau akan mengeluarkan seseorang daripada kegelapan syirik kepada cahaya tauhid

CARA KEEMPAT YANG ALLAH TERANGKAN DI DALAM AL-QURAN TENTANG PERLUNYA SESEORANG ITU MELAKUKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN IALAH...

BERTASBIH MENSUCIKAN NAMA ALLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANNYA

BERTASBIH MENSUCIKAN ALLAH SEHINGGA DATANG KEPADAMU PERKARA YANG TETAP YAKIN

15.Surah Al-Ĥijr ayat 94

Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

15.Surah Al-Ĥijr ayat 95

Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, -

15.Surah Al-Ĥijr ayat 96

(Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).

15.Surah Al-Ĥijr ayat 97

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

15.Surah Al-Ĥijr ayat 98

Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

15.Surah Al-Ĥijr ayat 99

Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

BAGAIMANA CARA NAK BERTASBIH MENSUCIKAN NAMA ALLAH SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

Surah Al-'Ala

1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -

2. Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;

3. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);

4. Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,

5. Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.

6. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,

7. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.

8. Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.

9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

10. Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;

11. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,

12. Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),

13. Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

14. Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),

15. Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

16. (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;

17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -

19. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

SETIAP ORANG MESTI TAHU, BOLEH MENGHURAIKAN JALAN YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH UNTUK MELAKUKAN PERINTAH "BERTASBIHLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANMU"

CARA KELIMA YANG ALLAH TERANGKAN TENTANG PERLUNYA SESEORANG ITU MELAKUKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN IALAH...

BERIBADAT UNTUK MENYEBUT NAMA TUHANMU SEBAGAI TANDA BERSYUKUR”

20.Surah Ţāhā ayat 130

Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).

22.Surah Al-Ĥaj ayat 34

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat

22.Surah Al-Ĥaj ayat 35

Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.

CARA KEENAM YANG ALLAH TERANGKAN TENTANG PERLUNYA SESEORANG ITU MELAKUKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN IALAH...

BILA RASA TAKUT,

ATAU SEDANG MELAKUKAN PERBUATAN KEJI ATAU MENGANIAYAI DIRI SENDIRI, SEBUT DAN INGATLAH KEPADA ALLAH - INILAH CIRI-CIRI ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK HIDAYAH ALLAH DAN MERUPAKAN SIFAT ORANG YANG MENDAPAT KEAMPUNAN DARI ALLAH

FIRMAN ALLAH
2.Surah Al-Baqarah ayat 155

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

2.Surah Al-Baqarah ayat 156

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah kami kembali."

2.Surah Al-Baqarah ayat 157

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Apabila seseorang itu mengalami perasaan takut, sedarlah dengan sepenuh tumpuan kepada perasaan takut itu di dalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya..

Apabila seseorang itu mengalami perasaan lapar atau berada di dalam keadaan kelaparan, sedarlah dengan sepenuh tumpuan kepada keadaan kelaparan itu sambil menyebut Allah sebanyak-banyaknya...

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 135

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 136

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Bila seseorang itu sedang berada di dalam keadaan sedang menganiaya diri sendiri (berlaku syirik), tumpukan sebulat tumpuan kepada keadaan tersebut, di dalam masa yang sama ingatlah kepada Allah dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya..

CARA KETUJUH YANG ALLAH TERANGKAN TENTANG PERLUNYA SESEORANG ITU MELAKUKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN IALAH...

MENJADI ORANG YANG BERTAKWA KEPADA ALLAH

CARA UNTUK BERTAKWA KEPADA ALLAH

4.Surah An-Nisā' Ayat 1

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

4.Surah An-Nisā' Ayat 2

Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.

Orang yang bertakwa kepada Allah ialah orang yang berakal

“ORANG YANG BERAKAL” IALAH ORANG-ORANG YANG MENYEBUT DAN MENGINGATI ALLAH SEMASA MEREKA BERDIRI, DUDUK DAN SEMASA MEREKA BERBARING MENGIRING

Orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah ialah seperti yang telah diterangkan di dalam firman Allah

4.Surah An-Nisā' ayat 69

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 190

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 191

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

5.Surah Al-Mā'idah ayat 100

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.

5.Surah Al-Mā'idah ayat 101

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

5.Surah Al-Mā'idah ayat 102

Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu pernah ditanyakan (kepada Nabi mereka) oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu, kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu (kerana setelah diterangkan, mereka tidak menerimanya).

5.Surah Al-Mā'idah ayat 103

Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah, tidak juga Saa'ibah, tidak juga Wasilah dan tidak juga Haam. Akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah; dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya

5.Surah Al-Mā'idah ayat 104

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:

5.Surah Al-Mā'idah ayat 105

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.

SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING

Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”

[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

13.Surah Ar-Ra`d ayat 19

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

13.Surah Ar-Ra`d ayat 20

Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; -

13.Surah Ar-Ra`d ayat 21

Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); -

13.Surah Ar-Ra`d ayat 22

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -

13.Surah Ar-Ra`d ayat 23

Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 28

Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!"

38.Surah Şād ayat 29

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

39.Surah Az-Zumar ayat 9

"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

39.Surah Az-Zumar ayat 10

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

39.Surah Az-Zumar ayat 11

Katakanlah lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya;

39.Surah Az-Zumar ayat 12

"Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)".

39.Surah Az-Zumar ayat 13

Katakanlah lagi: "Sesungguhnya aku takut - jika aku menderhaka kepada Tuhanku - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".

39.Surah Az-Zumar ayat 14

Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MELAKSANAKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN YANG TELAH DI TERANGKAN DI DALAM AL-QURAN DENGAN BERBAGAI CARA IALAH MENGIKUT FIRMAN ALLAH PADA

7.Surah Al-'A`rāf ayat 180

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

17.Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

87.Surah Al-'A`lá ayat 15

Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

JALAN UNTUK MENYEBUT ALLAH BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTI FIRMAN ALLAH PADA

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan

Ini adalah cara untuk menyebut Allah dengan lisan lidah ...

Untuk melaksanakan perintah Allah

7.Surah Al-'A`rāf ayat 180

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

17.Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

ini seseorang itu boleh juga melaksana mengikut sepertimana sabda Nabi Muhammad saw...

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Ini adalah jalan untuk menyebut Allah secara tersembunyi di dalam hati ...

FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI

Rasulullah saw pernah bersabda ,

“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.

Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.

Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.

Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ?

Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.

Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.

Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.

Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”

( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )

Ringkasan dari keterangan di atas dapat disimpulkan terdapat dua jalan yang berbeza

JALAN PERTAMA - ialah menyebut Nama Allah dengan lisan lidah sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah

JALAN KEDUA - ialah menyebut Nama Allah di dalam hati dengan cara pejamkan mata, menyebut Allah dengan menungkatkan lidah ke langit-langit ...

Bagaimana hendak melakukan Kedua-dua jalan ini memerlukan penjelasan yang lebih lanjut lagi ..

JALAN KE 3 - mengadakan soalan kepada diri sendiri "SIAPAKAH YANG MENJADIKAN ..... DAN TENTUKAN JAWAPANNYA " ALLAH"

Mengambil iktibar dari firman Allah

13.Surah Ar-Ra`d ayat 16

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"

Jawablah: "Allah".

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian,
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

BIASANYA KAEDAH INI DIGUNAKAN UNTUK MENCANTASKAN GANGGUAN YANG MENDATANG... SEPERTI FIKIRAN DAN LAIN-LAIN

Contoh:-

Semasa menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Ada terlintas di dalam fikiran atau di dalam hati tentang keberadaan diri sendiri atau tentang sangkaan kepada Allah...

Tanyalah "SIAPAKAH YANG MENJADIKAN PERKARA TERSEBUT?," tentukan jawapannya ialah "ALLAH" .....

Setelah menjawab "ALLAH" teruskan menyebut Allah, Allah, Allah dan tujukan sebutan Allah yang disebut itu kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Untuk boleh menumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat diri sendiri, seseorang itu perlu, jangan samada

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau jangan ada
- Yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri

Untuk boleh menumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah, seseorang itu perlu jangan samada

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya dan jangan ada
- Yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan Allah ketika ia masih lagi atau sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri ....

JALAN ATAU KAEDAH INI JUGA BOLEH DIAMALKAN UNTUK MENGHADZIRKAN KHUSYUK DI DALAM SOLAT

KESEMUANYA HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG TERSEBUT DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI ALLAH ...

JALAN YANG KE 4 - kembali bernafas sepertimana mula dilahirkan - pernafasan asal

Tarik nafas perut kembung, lepas nafas perut kempes.

Menarik nafas maknanya sedang berlaku keadaan sedang masukan diri yang zahir kedalam diri yang batin, Masukkan diri yang batin kepada Huu zat semata-mata..

Atau dengan kata lain sedang berlaku keadaan "Laa maujudun, Laa haiyun, Laa 'alimun, Laa khodirun, Laa muridun, Laa Basirun, Laa sami'un, Laa mutakallimun bil haqikati illallah"

Semasa masuknya nafas zikirnya berbunyi HUU, bukan disebut samada dengan lidah atau dengan hati, dan bukan juga perkara yang terlintas di dalam hati, tetapi perbuatan menarik nafas tersebut itulah bunyi zikirnya HUU (yang tidak berhuruf tidak bersuara dan tiada kata-kata)..

Ditempat terhentinya nafas yang tidak tertarik lagi adalah merupakan tempat pertemuan diantara hamba dengan tuhannya, tempat berlaku penyerahan total sehinggalah berlaku keadaan tiada hamba, tiada tuhan lagi, yang tinggal ada HUU ZAT SEMATA-MATA... (Zikir ketika ini berbunyi AH, AH, AH).

Tahan nafas ditempat terhentinya nafas yang terakhir sehingga tidak tertahan lagi, sebelum melepaskan nafas terlebih dahulu telan air liur. Diketika ini zikirnya ialah HAQQEQ.

Semasa melepaskan nafas, sedang berlaku pula keadaan membawa keadaan HUU ZAT semata-mata ini keseluruhan anggota zahir (ternyatalah laa khaulawala khuwata illah) kepada badan, jadi badan tetap dengan sifat asalnya iaitu mati, ternyata lah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan itu kekal sebagai sifat Allah.

Di sini Berlakulah apa yang telah difirmankan oleh Allah

34.Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Semasa nafas keluar ini zikirnya ialah Allah..

Begitulah seterusnya berlaku sehinggalah putusnya pernafasan yang terakhir

Semasa berlakunya pernafasan yang terakhir semasa berlakunya sakaratul maut, kunci nyawa akan membentuk huruf mim simpul dan zikirnya berbunyi HUM...

Inilah zikir yang terakhir yang menandakan seseorang yang telah melalui sakaratul mautnya di dalam keadaan sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah

Sabda Rasulullah saw

‎مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ دَخَلَ الجَنَّةَ

”Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah ‘lailaha illallah’, maka dia akan masuk surga”

(HR. Abu Daud. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 1621)

Jika semasa terputusnya nafas yang terakhir kita tidak berada di dalam keadaan ini (sedang menyatakan keesaan Allah) mati yang akan dihadapi di dalam keadaan syirik.... Bukan di dalam keadaan (Laa ilaha illallah yang tiada suara, tiada berhuruf dan tiada kata-kata bukan menyebut perkataan Laa ilaha illallah ketika akhir hayat).

Inilah peri pentingnya seseorang kembali bernafas sepertimana mula dilahirkan.. iaitu semasa menarik nafas perut akan kembung dan semasa keluar nafas perut kempes

2.Surah Al-Baqarah ayat 46

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 29

Katakanlah:
"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

BAGAIMANA NAK BERNAFAS SEPERTI MULA KITA DILAHIRKAN INI BOLEH DIPELAJARI DARI BAYI YANG DI DALAM BUAIAN

Hadis tuntut ilmu

‎اطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ

(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)

Dalam lafaz lain

‎طَلَبُ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ

(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)

DAN MENGAMBIL IKTIBAR PENGAJARAN DARI PERISTIWA NABI MUSA NAK BELAJAR DARI SEORANG HAMBA ALLAH DIPERTEMUAN DUA LAUTAN...

Firman Allah di dalam Surah Al-Kahf ayat 60

60. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".

Surah Al-Kahf ayat 61

61. Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.

Surah Al-Kahf ayat 62

62. Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".

Surah Al-Kahf ayat 63

63. Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".

Surah Al-Kahf ayat 64

64. Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.

18.Surah Al-Kahf ayat 65

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

18.Surah Al-Kahf ayat 66

Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

18.Surah Al-Kahf ayat 67

Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

18.Surah Al-Kahf ayat 68

Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

18.Surah Al-Kahf ayat 69

Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

18.Surah Al-Kahf ayat 70

Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".

PANTANG NABI MUSA NAK BELAJAR DARI NABI KHIDIR IALAH "JANGAN BERTANYA SESUATUPUN"

Apabila kedua-duanya bersetuju dengan syarat itu maka perjalanan diteruskan....

Lagi firman Allah
18.Surah Al-Kahf ayat 71

Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya?

Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".

18.Surah Al-Kahf ayat 72

Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

18.Surah Al-Kahf ayat 73

Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".

18.Surah Al-Kahf ayat 74

Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh
satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"

18.Surah Al-Kahf ayat 75

Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

18.Surah Al-Kahf ayat 76

Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".

18.Surah Al-Kahf ayat 77

Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"

18.Surah Al-Kahf ayat 78

Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

18.Surah Al-Kahf ayat 79

Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

18.Surah Al-Kahf ayat 80

Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.

18.Surah Al-Kahf ayat 81

Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.

18.Surah Al-Kahf ayat 82

Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".

PERLAKUAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MELAKSANAKAN PENGAJARAN DARI PERISTIWA NABI MUSA NAK BELAJAR DENGAN SEORANG HAMBA ALLAH.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 29

Katakanlah:
"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

Peristiwa ini mengandungi arahan supaya setiap seorang mesti kembali belajar dari apa yang ada dan dibawa oleh kita ketika dilahirkan sebagai seorang bayi..

Setiap orang dikehendaki kembali bernafas sepertimana bayi bernafas, yang diambil iktibar dari pertemuan pada dua lautan

Cuba perhatikan di dalam firman Allah seperti di atas, tempat pertemuan dua laut itu di atas batu besar, Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan batu besar itu?....

Batu besar yang dimaksudkan ialah bidang perut, Apabila seseorang mula bernafas sepertimana mula-mula dilahirkan yang masih lagi dipegang dan dibawa oleh bayi, iaitu semasa menarik nafas perut kembung, semasa menghembuskan nafas perut kempes

Cuba kita lihat semasa menarik nafas dengan cara yang dilakukan oleh bayi, semasa menarik nafas perut kembung, inilah yang dimaksudkan dengan pertemuan dua lautan di atas batu besar.

Apabila menarik nafas melalui kaedah yang dilakukan oleh seorang bayi, ketika menarik nafas, perut akan kembung dan secara tersendiri dubur akan terkemut sendiri,

Apa yang sedang berlaku ketika seorang bayi sedang menarik nafas ialah sedang membawa sifat ada, sifat berkuasa, sifat berkehendak @ berkemahuan, sifat mengetahui, sifat hidup, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan sifat-sifat ketuhanan yang lain

Semasa Menarik nafas dengan kaedah yang dilakukan oleh bayi, maknanya sedang membawa sifat-sifat ketuhanan seperti sifat ada, sifat berkuasa, sifat berkehendak @ berkemahuan, sifat mengetahui, sifat hidup, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan sifat-sifat ketuhanan yang lain sehingga berlaku keadaan "Laa maujudun, Laa haiyun, Laa 'alimun, Laa khodirun, Laa muridun, Laa Basirun, Laa sami'un, Laa mutakallimun bil haqikati illallah"

Atau dengan kata lain sedang berlaku perbuatan untuk menyerahkan segala sifat ketuhanan hanya kepada Allah

Sedang menyerahkan sifat ada, sifat berkuasa, sifat berkehendak @ berkemahuan, sifat mengetahui, sifat hidup, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan sifat-sifat ketuhanan yang lain hanya kepada Allah

Menarik nafas sehingga tidak tertarik lagi, tungkatkan lidah ke langit-langit, tahan nafas sehingga tidak tertahan lagi, nafas terkumpul pada pusat.

Kempeskan perut tanpa melepaskan nafas, luruskan tulang belakang dan batang tengkuk dengan cara mendongakkan kepala sedikit, perbuatan ini akan menolak nafas di pusat ke tulang tongkeng..

Nafas yang berada pada tulang tongkeng akan ditolak naik sehingga sampai ke ubun-ubun melalui tulang belakang dan rongga tengkuk, (jika tidak ditungkatkan lidah ke langit-langit, nafas tersebut tidak akan boleh melepasi rongga tengkuk untuk naik ke ubun-ubun). Di sini juga mempunyai rahsia yang perlu diketahui oleh seseorang yang melakukan kaedah ini

Di sinilah pertemuan diantara hamba dengan tuhan. Dipanggil makam Al-fatihah @ sebenar bismillah @ nur muhammad. Apabila berlaku perhimpunan nafas, anfas, tanafas dan nufus dipanggil roh izofi, roh izofi itulah roh kudus, roh kudus itulah ruhullah ( keseluruhan itu dipanggil amar robbi - pekerjaan tuhan) pada ubun-ubun.

17.Surah Al-'Isrā' ayat 84

‎قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang
lebih betul jalannya".

17.Surah Al-'Isrā' ayat 85

‎وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

17.Surah Al-'Isrā' ayat 86

‎وَلَئِن شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِ عَلَيْنَا وَكِيلًا

Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya.

17.Surah Al-'Isrā' ayat 87

‎إِلَّا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَۚ إِنَّ فَضْلَهُ كَانَ عَلَيْكَ كَبِيرًا

(Tetapi kekalnya Al-Quran itu) hanyalah sebagai rahmat dari tuhanmu; sesungguhnya limpah kurnianya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar.

17.Surah Al-'Isrā' ayat 88

‎قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".

17.Surah Al-'Isrā' ayat 89

‎وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰ أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

42.Surah Ash-Shūraá ayat 52

‎وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

42.Surah Ash-Shūraá ayat 53

‎صِرَاطِ اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِۗ أَلَا إِلَى اللَّهِ تَصِيرُ الْأُمُورُ

Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.

Tidak ada satu pun yang melata melainkan Dia yang menguasai ubun-ubunnya. Dan Tuhanku adalah di atas jalan yang lurus. ( Ayat 56 : Surah Hud )

11.Surah Hūd ayat 56

إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمۚ مَّا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَاۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasai ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

Pertemuan diantara hamba dengan Tuhan sehingga berlaku keadaan tiada hamba dan tiada tuhan lagi yang nyata hu zat semata-mata.

Setelah tidak tertahan lagi, telan air liur sehingga berdegup.... zikirnya Haqeq ..

Lepaskan nafas perlahan-lahan pengajarannya terkandung di dalam firman Allah "Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya." Di sini sedang berlaku keadaan "Tiada daya untuk mengerjakan kebaikan dan tiada upaya untuk menjauhkan kejahatan melainkan dengan daya dan upaya Allah

18.Surah Al-Kahf ayat 32

Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.

18.Surah Al-Kahf ayat 33

Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.

18.Surah Al-Kahf ayat 34

Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".

18.Surah Al-Kahf ayat 35

Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.

18.Surah Al-Kahf ayat 36

Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.

18.Surah Al-Kahf ayat 37

berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?

18.Surah Al-Kahf ayat 38

Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

18.Surah Al-Kahf ayat 39

‎وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِۚ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالًا وَوَلَدًا

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

Iaitu membawa keadaan HU ZAT untuk meliputi keseluruhan anggota melalui melepaskan nafas

Lepaskan nafas perlahan-lahan dengan membawa kesedaran tiada tuhan dan tiada hamba lagi yang tinggal HU ZAT semata-mata untuk meliputi keseluruhan anggota.

Lepaskan nafas sehingga habis pengajarannya terkandung di dalam firman Allah "Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya." Membawa kepada maksud "melepaskan nafas sehingga tidak terlepaskan lagi jangan sampai terasanya keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri lagi

Setelah melepaskan nafas sehingga tidak terlepaskan lagi, barulah ditarik nafas perlahan-lahan yang diambil pengajarannya di dalam firman Allah "Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya."

Inilah sedikit iktibar yang diambil pengajaran dari peristiwa Nabi Musa hendak belajar dari seorang hamba Allah..

Setiap seorang mesti kembali bernafas sepertimana mula-mula dilahirkan dahulu

Pengajaran yang diambil dari firman Allah pada Surah Al-'A`rāf ayat 29

Katakanlah:
"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

76.Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

Untuk boleh melakukan ini semua setiap orang mesti memulakan dari mengetahui dan boleh menghuraikan sendiri perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi beserta dengan ibadat yang akan dilakukan.

••• PESANAN PENTING •••

JANGAN KITA TERPENGARUH DENGAN ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DISAMPAIKAN DARI MULUT KEMULUT YANG TANPA PERLU MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID..

Kerana boleh menjerumuskan seseorang ke kancah mengaku keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri sebagai Tuhan..

Tidak ada satu makhluk pun yang boleh mengenal Allah hanya Allah yang mengenal Allah, jadi usaha kita untuk mengenal Allah itu tidak akan kesampaian kerana kita tidak mampu ke situ..

Apa yang boleh dilakukan ialah melaksanakan dengan secara istiqomah jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal tuhan seperti yang telah Allah memperjelaskan di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya..

Tunggu saja jaminan dari Allah "DAN KAMI AKAN PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS"

Yakinlah Allah tidak pernah mengubah janjiNya

Firman Allah berkaitan iktiqad dan tauhid

17.Surah Al-'Isrā' ayat 41

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

17.Surah Al-'Isrā' ayat 89

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

SIAPAKAH YANG AKAN DILAKNAT OLEH ALLAH DAN SEKALIAN MAKHLOK ?

2.Surah Al-Baqarah ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

SEJAK DARI NABI ADAM SEHINGGA KEPADA NABI MUHAMMAD MEMBAWA UGAMA YANG SATU...

46.Surah Al-'Aĥqāf ayat 9

Katakanlah lagi: "Bukanlah aku seorang Rasul pembawa ugama yang berlainan dari ugama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu), dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata"

42.Surah Ash-Shūraá ayat 13

Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

42.Surah Ash-Shūraá ayat 14

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.

59.Surah Al-Ĥashr ayat 14

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

59.Surah Al-Ĥashr ayat 15

(Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang-orang (dari suku Yahudi) yang terdahulu sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) dengan sebab bawaan kufur mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (pada hari akhirat kelak).

59.Surah Al-Ĥashr ayat 16

(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"

59.Surah Al-Ĥashr ayat 17

Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. Dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim.

SIAPAKAH ORANG ZALIM MENURUT AL-Quran

30.Surah Ar-Rūm ayat 29

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

6.Surah Al-'An`ām ayat 161

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

98.Surah Al-Bayyinah ayat 5

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

2.Surah Al-Baqarah ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Kandungan dikekalkan sepenuhnya; hanya pembetulan ejaan yang jelas dibuat.
⌂ Muka Utama